Get paid to share your links!
2015 ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 1:32:00 am by Unknown in ,    No comments

Mayat-mayat atau tengkorak itu mungkin ditanam 500 tahun yang lalu, ketua kumpulan penyelidikan itu berkata, beliau percaya mereka makluk asing.

Pravda.ru melaporkan:

40 kubur ditemui mempunyai kira-kira 200 mayat di dalamnya, semua sempurna dipelihara. Makhluk ini dilaporkan tinggi kira-kira lebih kurang 7 kaki. Kepala mereka kelihatan besar dan tidak mempunyai mulut, hidung atau mata.

Para ahli antropologi percaya bahawa makhluk ini telah mendarat ke bumi, kemungkinan dimusnahkan oleh beberapa virus daratan atau sistem imuniti makluk ini tidak sesuai dibumi. Walau bagaimanapun, tiada kesan pendaratan kapal angkasa atau serpihan yang ditemui.

Namun, ini bukan penemuan pertama kali. Pada musim panas tahun 1937 sekumpulan saintis Cina yang diketuai oleh Profesor Chi Putei meninjau gua Gunung Bayan Kara-Ula. Di dalam gua tersebut, mereka menemui rangka dengan kepala yang terlalu besar dan badan kecil. Sekitarnya terdapat 176 piring batu. Di tengah-tengah setiap piring terdapat satu lubang yang alur spiral mengembang ke perimeter dengan beberapa hiasan di atasnya.

Selain itu, dinding gua ditutupi dengan gambar-gambar seperti matahari terbit, bulan dan bintang-bintang, dengan banyak titik dicat atau titik-titik kecil, perlahan-lahan menghampiri gunung dan permukaan bumi.

Para ahli dalam memecahkan karakter yang ditulis kuno telah bingung atas pengungkapan rahsia spiral dari gua Bayan-Kara-Ula selama dua dekad. Akhirnya, profesor Universiti Beijing Zum Umniu diuraikan beberapa prasasti.
Huruf-huruf berbentuk beralur meriwayatkan bahawa kira-kira 12 ribu tahun dahulu beberapa objek terbang terhempas di gunung ini. Ahli arkeologi China menemui, menyebutkan orang-orang yang tinggal di gua-gua pergunungan Bayan Kara-Ula.
Satu mayat yang lain "makhluk asing" telah ditemui oleh cavers Turki. Mumia zaman ais sedang berehat di keranda yang diperbuat daripada bahan kristal. Ketinggian makhluk lelaki humanoid tidak melebihi 1 meter 20 sentimeter, kulitnya hijau muda, dan ia memiliki sayap lutsinar yang besar di tubuhnya.

Menurut para penyelidik, walaupun penampilan makhluk itu tidak biasa kelihatan lebih seperti orang daripada haiwan. Nya hidung, bibir, telinga, tangan, kaki, kuku, sangat mirip dengan manusia. Hanya matanya yang sangat berbeza, tiga kali lebih besar daripada seorang manusia, dan tidak berwarna, seperti mata reptilia.
Baru-baru ini di salah sebuah makam Mesir kuno mumia seorang lelaki 2.5 meter ditemui. Ia tidak mempunyai hidung atau telinga, dan mulut sangat lebar dan tidak mempunyai lidah.
Menurut ahli arkeologi Gaston de Villars, umur Mumia sekitar 4000 tahun. Ia dikebumikan sebagai bangsawan Mesir - mumia dan dikelilingi oleh pelayan, makanan dan objek seni direka untuk hidup selepas mati. Walau bagaimanapun, seperti yang ditemui, tidak semua objek di sekitar dapatan itu milik Mesir atau bahkan budaya bumi. Sebagai contoh, antara penemuan cakera logam digilap menyerupai CD/DVD ditutup dengan karakter pelik, pakaian yang diperbuat daripada logam dengan sisa-sisa sesuatu yang menyerupai kasut plastik, dan banyak tablet batu dipenuhi dengan gambar bintang, planet-planet dan mesin pelik. Tempat Suci di mana mumia aneh ditemui juga kelihatan luar biasa. Perkuburan itu dibuat daripada bahan yang tidak diketahui pada zaman kuno. Batu itu diukir dari batu sehingga kelihatan seperti dinding yang rata/halus, seperti marmar digilap. Ia kelihatan seolah-olah ia telah dipotong menggunakan laser. Secara kebetulan, permukaan batu itu menyatu. Kubur itu dihiasi  menyerupai Kubur Mumia Zaman Mesir.

Walau bagaimanapun, teori "makhluk asing" bukan satu-satunya. Menurut beberapa penyelidik, "gergasi" dan "kerdil" boleh menjadi cabang sisi kemanusiaan yang pernah hidup di Bumi, atas sebab tertentu tiba-tiba pupus.



Terjemahan dibuat oleh Heirry Harun. Sebarang kesilapan tatabahasa atau terjemahan amatlah dikesali. Sekian.


On 8:49:00 am by Unknown in    No comments


Runtuhan besar Gunung Kinabalu berhampiran Kg. Kiau telah menyekatkan aliran sungai kadamain yang menghala ke pekan Kota Belud. Akibat daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan air sungai kadamaian mengecil dan kabut petang tadi dan takungan air yang besar sedang berlaku di kaki gunung berhampiran dengan Kg. Kiau. Jika takungan air itu penuh boleh menyebabkan empangan runtuhan itu bocor dan menyebabkan banjir lumpur yang besar dan akan menenggelamkan dataran rendah seluruh Kota Belud. Oleh itu dinasihatkan semua penduduk Kota Belud yang berisiko banjir supaya berhati-hati dan seelok-eloknya berpindah segera sebelum banjir lumpur berlaku secara mengejut.

Untuk makluman hampir kesemua penduduk Kaung, Tambatuon, Bundu Paka dan Lingkubang telah berpindah ke dataran tinggi. Sebahagian mereka terus berpindah ke Kota Kinabalu.
Sila sampaikan pesanan ini kepada saudara-saudara dan kawan-kawan kita yang berada di Kota Belud untuk menyelamatkan mereka daripada tregedi banjir lumpur yang mungkin berlaku bila-bila masa dari sekarang.
🏃🏃🚗🚐🚕 selamatkan nyawa sebelum terlambat.

Berdoa bagi mereka yang terlibat ni.


Sumber : Dikongsikan dari Rakan berdekatan Ranau. ( Sebarang kesahihan berita tidak dipertanggungjawap oleh Lawan Sesawang ini ) Bertindak sebelum putih mata. Apa2x doakan mangsa kejadian ini.

On 7:29:00 am by Unknown in    No comments

Donkey Ears (Telinga Keldai) di Gunung Kinabalu telah patah kesan gempa bumi yang berlaku jumaat lalu. Hari ini merupakan hari menyedihkan buat negeri kita dan kejadian ini juga merupakan sejarah yang merubah bentuk Gunung Kinabalu.

Sumber: Sabah Info

On 7:21:00 am by Unknown in    No comments
KEADAAN gerabak yang tergelincir dari landasan

BEAUFORT: Lebih 50 penumpang menempuh detik cemas apabila kereta api yang dinaiki tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Kereta Api Beaufort, di sini. Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari di Kampung Batu 60 itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir terbalik menyebabkan penumpang tertindih sesama sendiri. Tiada kecederaan dilaporkan namun insiden itu menyebabkan penumpang terkandas sebelum bantuan tiba.


PENUMPANG menunggu bantuan tiba

On 10:48:00 pm by Unknown in    No comments
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan.

Baru-baru ini kira-kira pukul 8.00 am kita diberitakan Gempa skala ukuran 3.0 di Kota Belud.

















On 10:26:00 pm by Unknown in    No comments

SINGAPURA – Pihak pengurusan Singapore Airlines (SIA) sedang menyiasat bagaimana sebuah pesawatnya, jenis Airbus A330-300 hilang bekalan kuasa untuk sementara waktu di kedua-dua enjin ketika dalam penerbangan.

Menurut stesen milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, kejadian luar biasa tersebut melibatkan penerbangan SQ836 yang sedang dalam perjalanan dari Changi, Singapura menuju ke Shanghai, China pada 23 Mei lalu.

Memetik dari laman web penjejak pesawat Flightradar 24, ia menyatakan bahawa kapal terbang SIA itu dikesan mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11,887 meter) dari paras laut.

Insiden tersebut berlaku di selatan Hong Kong dan menyebabkan pesawat turun 13,000 kaki (kira-kira 3,962 meter), sebelum kru SQ836 dapat menghidupkan semula dua enjin yang mati secara tiba-tiba itu.


Pesawat SIA berkenaan akhirnya dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, 30 kilometer ke timur pusat bandar raya Shanghai, kira-kira sejam setengah kemudian. Kesemua 182 penumpang dan 12 kru berada di dalam kapal terbang itu serta tiada kecederaan semasa insiden berlaku yang nyaris mengakibatkan pesawat terhempas di perairan delta Sungai Pearl dekat Hong Kong. Menurut Aviation Herald, agensi antarabangsa pemantau nahas pesawat di seluruh dunia, pihak SIA mengesahkan bahawa pesawat SQ836 itu tiba-tiba kehilangan kuasa elektrik selepas mengharungi cuaca buruk. SIA yang dimiliki Temasek Holdings, sayap pelaburan pemerintah Singapura; pernah mengalami nahas udara pada 31 Oktober 2000 sejurus berlepas di Taiwan yang mengakibatkan 83 maut dan 71 cedera.

Sumber: http://www.sayangsabah.com/pesawat-singapore-airlines-nyaris-terhempas-di-hk/

On 1:37:00 am by Unknown in ,    No comments

Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam minggu lalu.

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan memakai jaket labuh warna hitam, seluar pendek warna putih dan kasut but hitam menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam kerana gaya tersendirinya.

Wanita yang pernah berlakon dalam drama Ejen 016 terbitan TV3 tersebut kelihatan tenang semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang 23 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesahan.

sumber : Kosmo!

On 1:27:00 am by Unknown in ,    No comments

Model separuh bogel, Persana Avril Sollunda yang dibawa ke Penjara Wanita Kajang kelmarin selepas tiada individu tampil membayar wang ikat jaminnya kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam dilapor akan diikat jamin oleh kakitangan sebuah gereja.

Laporan Kosmo! menyebut, menurut sumber, kakitangan sebuah gereja terletak di ibu kota tersebut akan hadir ke Mahkamah Majistret hari ini bagi menjamin wanita tersebut daripada terus meringkuk dalam penjara.

Bagaimanapun menurut sumber tersebut, identiti kakitangan gereja yang mahu membantu wanita itu masih belum dapat dikenal pasti.

Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril dihadapkan ke mahkamah sama kelmarin atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada 23 April lalu.

Wanita itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jumlah wang jaminan memandangkan tiada individu yang tampil untuk membayar wang ikat jaminnya.




On 9:09:00 pm by Unknown in ,    No comments
Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.

“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.

“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.

“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’

“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya.

On 8:03:00 am by Unknown in    No comments

Awal pagi tadi seramai 8 org remaja 4 lelaki 4 perempuan yg menaiki kereta jenis wira telah berjaya di tangkap kawasan Taman BDC Inanam setelah berlakunya kejar mengejar dengan pasukan polis yang mana difahamkan remaja-remaja terbabit telah melakukan rompakan d kedai Seven Eleven Bandaran Berjaya. Remaja tersebut telah di bawa ke IPD KK untuk soal siasat.




On 5:21:00 am by Unknown in ,    No comments

Dalam kehidupan seharian kita, sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan dengan cara salah. Malah, ramai yang tidak tahu cara melakukan urusan harian dengan cara yang sebenarnya. 10 perkara yang disiarkan melalui video dibawah adalah kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan tanpa sedar atau tidak. Percayalah, dengan cara belajar 10 'life hack' ini kehidupan anda akan menjadi lebih mudah, cekap dan efisyen. -


Nak lebih info bernas, follow Facebook Page kita ya :P https://www.facebook.com/smartideasMY
On 3:11:00 am by Unknown in ,    No comments

Fast & Furious 7 filem keluaran Studio Universal pada tayangan pertama di China telah mencecah kutipan sebanyak AS$68.6 juta di pasaran China mengatasi tayangan Transformers: Age of Extinction sebanyak AS$310 juta pada musim panas tahun lalu.

Filem Furios 7 mendapat keseluruhan kutipan di seluruh dunia sebanyak  AS$800.5 juta filem Furios 7 lakonan terakhir mendiang Paul Walker ini mengatasi kutipan yang dibuat oleh "Fast & Furious 6'

Sebanyak 95,604 panggung di seluruh china menayangkan Fast & Furious 7. Menurut berita laporan portal The Hollywood Reporter Jumlah data ini diperolehi daripada Entrgroup . Ia adalah catatan tertinggi dalam sejarah tayangan minggu pertama di negara itu setakat ini.

Fast & Furious 7 kini diramalkan mampu mengutip sehingga AS$350 juta.

Ini kerana kehadiran pelakon-pelakon Fast & Furious 7 Vin Diesel, Jason Statham dan Michelle Rodriguez di Beijing pada hujung Mac lalu untuk promosi filem Fast & Furious 7 dapat menghangatkan lagi kutipan tayangan filem aksi Fast & Furious 7. melalui kenyataan Diesel kemungkinan pengambaran Fast & Furious 7 akan dibuat di China.

Dengan kerancakkan kutipan filem Fast & Furious 7 dan ramai orang memperkatakannya anda tahu siapa disebalik pembikinan Furios 7?

Melalui mediahiburan.karangkraf.com pada tahun lepas bertarikh: 12 September 2013 pernah mengeluarkan artikel PENGARAH KELAHIRAN MALAYSIA ARAH FAST & FURIOUS 7.


Siapakah James Wan?

James Wan Anak Kelahiran Malaysia berketurunan Cina dan dilahirkan Kuching, Sarawak dan berkelulusan sekolah perfileman Australia


Sebelum mengarah Fast & Furious 7. james wan sudah mencipta nama dengan filem-filem box office seperti "The Conjuring"

Selain 'The Conjuring', James pernah mengarahkan filem lain seperti filem 'Saw', 'Dead Silence', 'Death Sentence', 'Insidious' dan banyak lagi

Filem seram The Conjuring yang pernah ditayangkan di pawagam mendapat respon yang baik terhadap penggiat-penggiat filem kerana filem tersebut berdasarkan kisah benar

Walaubagaimanapun The Conjuring bukan naskhah seram pertama hasil kerja pelajar lulusan sekolah perfileman Australia ini yang mendapat sambutan.


Bagi penggemar filem seram, James sudah lama dikenali selaku pengarah Saw (2004) , Saw III (2006), Dead Silence (2007) dan Insidious (2010).

Malah Insidious yang turut mendapat perhatian peminat filem seram dan kembali dengan Insidious: Chapter 2 ditayangkan pada 2 September tahun lepas

James pernah menyatakan rahsia menjadikan filemnya berbeza adalah bermain dengan elemen lain termasuk membawakan perspektif berbeza dalam babak-babak yang dihidangkan. James juga mengakui tidak mudah untuk ‘menakutkan’ penonton

Bagaimanapun selepas kejayaan Insidious: Chapter 2, James membayangkan mungkin dia akan berehat daripada menghasilkan filem-filem seram.

Ini keran james mahu dikenali sebagai pengarah yang pelbagai dan tidak hanya tertutup dalam satu genre sahaja.

Sebelum ini james pernah menghasilkan filem aksi Death Sentence (2007) namun sambutannya tidak sebaik filem-filem seramnya.

James membuat keputusan ini kerana dia tidak mahu kembali dengan filem lebih kurang serupa tanpa kelainan baru.

Semoga James kembali mengulangi kejayaan The Conjuring dan Fast & Furious 7
Kami sebagai rakyat malaysia merasa bangga dengan adanya pengarah filem luar negara daripada Malaysia. - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.sg/2015/04/anak-kelahiran-malaysia-merupakan.html#sthash.wL2Nx4Wr.dpuf



On 10:29:00 pm by Unknown in ,    No comments
Hai, saya nak berkongsi sedikit pasal kelebihan berblogging sambil tidak membuang masa ber'internet setiap hari 24/7 haha. ( Sebenarnya nak berkongsi dgn rakan/keluarga yg bertanya macam mana dapat duit dari online, buat julung kali sy berkongsi masa dgn entry paling berguna )Sekurang-kurangnya apa yang kamu baca entry ini berguna untuk tampung perbelanjaan internet setiap bulan. Paling syok lagi bila ini dijadikan sebagai muka buku anda atau diary atau hobi atau percutian/ulasan dll entry kamu pasti syok. 

Sebelum saya mulakan kelebihan yang saya dapat dari both Company ini ( Nuffnang Sdn Bhd dan Adf.ly Company dari USA ) sebaiknya saya kongsi bagaimana untuk menonjolkan blog kalian.


Anda tahu apa itu blog?. Ya, blog adalah cara mudah untuk mengenal kepribadian seseorang blogger (pemilik blog-red). Topik-topik apa yang ia sukai dan tidak ia sukai, apa yang ia pikirkan terhadap link-link yang ia pilih, apa tanggapannya pada suatu isu.

Nah, seluruhnya biasanya tergambar jelas dari blog-nya. Oleh sebab itu, blog bersifat sangat personal. Namun, bagaimana blog Anda dapat dikunjungi dan dibaca orang?. Berikut 10 cara menambah pengunjung blog Anda;


Pertama, berikan komen di blog lain; hal ini telah terbukti bahwa memberi komen pada blog orang lain dapat menambah pembaca blog Anda. Dengan meninggalkan komen yang baik, campurkan dengan humor.

Selain itu, saat Anda menemukan post yang mengundang kontroversi, tinggalkan komen anda dengan kesan bahwa Anda sudah dewasa, kontroversi adalah cara yang paling efektif untuk menjadi terkenal dengan usaha yang minimal tapi jangan buat orang menjadi marah pada Anda.

Kedua, masukan artikel Anda pada website Social Networking; Website Social Networking adalah tempat terbaik dimana Anda dapat memasukan artikel Anda dan mendapat lonjakan pengunjung pada blog Anda. Jika orang suka, secara tak langsung mereka akan membuka link tersebut.

Ketiga, berikan komen Anda pada komuniti online; Bergabung dan ambil bagian pada forum dan komuniti online. Dan, jangan lupa untuk menggunakan signature dengan alamat blog Anda. Komen Anda pada komuniti dan forum akan menjadikan Anda salah satu yang dihormati di komuniti.

Keempat, tandai artikel; Dengan menanyakan pengunjung Anda untuk menandai artikel Anda. Website seperti StumbleUpon, deLicio.us, Google Bookmarks dan deLirio.us dapat menyediakan dengan tambahan pengunjung.

Kelima, berinteraksi dengan pemberi komen; Buatlah hubungan yang harmoni dengan pengomen blog Anda. Dengan membuat mereka merasa seperti di rumah dan mereka juga akan membuat Anda merasa di rumah. Selain itu, biasakan membantu pengomen Anda dengan sumber yang berguna, jika itu tidak memungkinkan, arahkanlah mereka ke tempat yang dapat menyelesaikan masalah.

Keenam, tulis dengan konsisten’ Maksudnya, tulislah pada tingkat minimal 3-5 artikel yang berguna dalam seminggu. Dengan cara ini, akan membuat pengunjung Anda mengerti bahwa Anda blogger yang berdedikasi, yang peduli untuk membantu. Apabila, Anda tidak konsisten untuk menulis, lalu mengapa pengunjung Anda harus juga konsisten.

Ketujuh, masukan blog Anda pada Blog Directories; Jadi, masukan blog Anda pada Technorati, Techmeme, Blogcatalog, dan blog directories lainnya. Blog directories juga merupakan sebuah tempat dimana Anda dapat memasukan blog Anda dan mendapatkan pengunjung.

Kelapan, hubungkan dengan artikel lain; Interaksi ke dalam dan ke luar sangatlah membantu. Pertama, itu membantu Anda dalam menyediakan bukti mengenai pemikiran Anda dan juga membantu pembaca terhubung dengan artikel yang berguna.

Kesembilan, dengan RSS Feeds; Selalu sindikasikan RSS melalui feedburner, mengapa?. Sebab, mereka yang terbaik.

Kesepuluh, adalah bersabar; Jadi, Anda diharapkan untuk lebih bersabar. Karena, hal ini yang terpenting dalam menunggu pengunjung membuka blog Anda. 

Ok, setelah habis / faham entry yg saya perjelaskan agar kalian tidak tersalah faham menjadi blogger untuk dapatkan hasil bukannya senang. Tapi mudah bagi mereka / saya sendiri sudah bermula / belajar blogging pada tahun 2008 ketika itu umur saya 13 Tahun hehe. Unleast kamu buang bajet untuk meminta bantuan para advertiser seperti Google, Facebook, Youtube yang terkenal di Malaysia.

Antara blogger yang berjaya menaikkan nama adalah jua hasil side income / FULL INCOME; ( Antara yg sy kenal di Facebook )

1. Kifli Mally - http://www.kiflimally.com

Beliau berjaya menaikkan namanya di media sosial juga boleh dikatakan artis. Beliau lebih berjaya dari SAYA sebab kretiviti beliau lebih kreatif, melalui sketsa, adegan cerita beliau hanya durasi sekitar 15saat berjaya memukai peminat. Boleh lihat video2x Kifli Mally di https://www.facebook.com/m.kiflimally

2. Sakinah vs Ondu - https://www.facebook.com/sakinahtapai

Beliau mempunyai 3 orang watak dalam drama pendik yg dihasilkan oleh kretiviti beliau. Mak, Sakinah dan si Andu. Untuk lihat video beliau boleh merujuk di Laman Facebook Rasminya di >>  https://www.facebook.com/sakinahtapai

Ringkasan/Rumusan;
Jika kalian seorang yg berbakat, punya otak geliga, bisa merumus dgn ringkas, kreatife dll yg bisa menarik pengunjung / pembaca. Jangan dipersiakan, tunjukkan, realisasikan di Media Sosial, Pasti Berjaya.


Saya akan rumus berkaitan Nuffnang dan Adf.ly dimana saya mengambil ( Side Income ) Stay Toon Next Post

Contoh:
Mereka mempunyai trafic pengendalian pembayaran.


On 10:10:00 pm by Unknown in ,    No comments

Kuala Lumpur – Menerusi portal Suara.tv memamparkan Sebuah video berdurasi 1:01 minit sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.

Melalui rakaman tersebut mereka mengatakan mereka baru bermula dan memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan permulaan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.

“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.
Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.
Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Dalam keterangan video itu,empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah. Sumber Suara.TV


On 6:17:00 am by Unknown in ,    No comments

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). - Foto NSTP

On 8:33:00 pm by Unknown in ,    No comments

TAIWAN: Sebuah pesawat penerbangan komersial Taiwan yang membawa 53 penumpang terhempas di Taipei pada pagi Rabu.

Sehingga kini Central News Agency Taiwan berkata sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun nasib penumpang dan anak kapal yang lain pesawat TransAsia Airways itu masih belum diketahui.

Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan.

Gambar itu yang dicantumkan menunjukkan pesawat berkenaan berlanggar dengan bahagian jejambat sebuah lebuh raya sebelum terhempas ke dalam sungai sehingga mencederakan lebih 10 orang.

Sebuah van di hadapan kenderaan yang merakam gambar itu dilihat terpaksa membrek kecemasan selepas ternampak pesawat yang begitu besar berada pada jarak dekat.

Pesawat berkenaan jenis ATR-72, baru sahaja tiba di Taiwan tahun lepas.

Syarikat yang sama turut mempunyai rekod nahas pesawat pada Julai tahun lepas melibatkan pesawat GE222 yang cuba mendarat ketika cuaca buruk di sebuah pulau kecil di Taiwan, menyebabkan 40 orang terbunuh.



On 5:50:00 am by Unknown in ,    No comments

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Karamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

"Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.
On 5:12:00 am by Unknown in ,    No comments

Lapor Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.


Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian,  ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.

Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
On 7:04:00 am by Unknown in ,    No comments

AKHBAR The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi Jumaat.

Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.


Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Ramai pengguna yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.

Lihat Video DI bawah ini



On 1:34:00 am by Unknown in ,    No comments

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang dibuat dalam sebuah akhbar untuk melelong terunanya tidak mendapat sambutan kaum hawa.

Mengaku dirinya bukan sekacak Brat Pitt dan bukan juga seorang yang hodoh, Seb Ciercies, 29, nyata kecewa apabila harga yang ditetapkan untuk dirinya iaitu RM3,850, tidak dibida mana-mana wanita.
“Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.


“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.
Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.
“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya.