Get paid to share your links!
January 2015 ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 7:04:00 am by Unknown in ,    No comments

AKHBAR The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi Jumaat.

Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.


Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Ramai pengguna yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.

Lihat Video DI bawah ini



On 1:34:00 am by Unknown in ,    No comments

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang dibuat dalam sebuah akhbar untuk melelong terunanya tidak mendapat sambutan kaum hawa.

Mengaku dirinya bukan sekacak Brat Pitt dan bukan juga seorang yang hodoh, Seb Ciercies, 29, nyata kecewa apabila harga yang ditetapkan untuk dirinya iaitu RM3,850, tidak dibida mana-mana wanita.
“Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.


“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.
Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.
“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya.


On 1:30:00 am by Unknown in ,    No comments

Singapura – Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej se-ksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian d4da dan pahanya.

“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.
“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar d4da dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.

“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.

“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka – model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata.

Source - Singapore News
On 1:27:00 am by Unknown in ,    No comments

Aukland – Seorang wanita terkejut selepas mendapati gambarnya terkencing dalam seluar ketika berada dalam rumah hantu di taman tema, Spookers kini menjadi iklan taman tema tersebut yang dimuatnaik dalam Facebook.

Dalam iklan berkenaan, Spookers memberitahu sekurang-kurangnya lima orang akan terkencing dalam seluar setiap hari.

Wanita berkenaan yang enggan namanya didedahkan, mendesak Spookers mengeluarkan imej memalukan itu selepas rakannya mengusiknya apabila mengenali baju yang dipakainya.

“Kami berada di rumah hantu di situ dan kami ketawa hinggakan dia hilang kawalan dan terkencing.

“Dia kemudiannya melihat gambar berkenaan dalam Facebook dan tidak gembira dengannya,’’ kata salah seorang saudara wanita tersebut.

Dalam pada itu, Spookers memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan wanita tersebut mengenai perkara berkenaan dan mencapai kata sepakat di mana gambar itu boleh digunakan.

“Spookers amat menghargainya kerana diberikan kebenaran untuk terus menggunakannya. Kami bagaimanapun meminta maaf kepadanya,’’ demikian penjelasan Spookers selepas mendapat kebenaran wanita itu selepas penjelasan diberikan.
On 1:26:00 am by Unknown in ,    No comments

RIYADH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.
Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.

Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.

Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi


Source - OH! Media

On 1:21:00 am by Unknown in ,    No comments

ARIZONA – Ketika Richie dilahirkan, jururawat di sebuah hospital menyangka bayi lelaki itu tidak dapat membuka mata akibat mukanya yang membengkak.

Namun selepas 13 hari barulah rahsia sebenar terbongkar, Richie rupanya dilahirkan tanpa mata.

Ibunya, Kelly Lopez sebelum ini mengandung secara normal dan selepas Richie gagal membuka mata, dia berasa bimbang lalu satu imbasan MRI dilakukan.

Selepas ujian itu dijalankan barulah Richie dikenalpasti menghidap penyakit yang amat jarang dihidap individu lain iaitu Anophthalmia.
Namun Lopez tidak berputus asa dan berharap agar sainstis dan pakar perubatan dapat mengubati keadaan anaknya kelak menerusi kemajuan sains dan teknologi.

“Ia merupakan satu penemuan yang dramatik. Ketika kami meninggalkan hospital, saya dapat rasakan setiap jururawat menangis bersama kami,’’ kata Lopez.

Richie yang kini berusia tiga bulan bagaimanapun menjalani satu pembedahan untuk membuat soket mata, supaya pada masa depan dia dapat menggunakan anak mata prosthetic.

Lihat VIDEO di bawah ini



On 11:27:00 pm by Unknown in ,    No comments

Berpunca dari seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yg lebih dikenali dengan nama semut selangor.

"Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis."
"Selepas digigit, saya letak salap, dan tidak sangka ia mendatangkan kesan lebih teruk," katanya ketika ditemui Sinar Harian

Isterinya, Rosliza Ramli, 42 berkata, bisa yang mungkin sekecil cucukan jarum akhirnya bertukar menjadi lebih buruk.

"Selepas beberapa hari, keadaan kulit suami saya bergelembung, seperti melepuh terkena minyak panas. Kemudian ia pecah dan setelah itu kulit tertanggal dan keluar warna putih dari kaki, rupanya bahagian isi dalam kaki sudah seperti dimakan, dan warna putih itu ialah isi kaki,' katanya.

Kemudiannya Abdul Wahab dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat.

Dalam tempoh setahun saja, dia dibedah enam kali untuk mengubati kecederaan yang datang secara tiba-tiba itu.

Dia tidak menafikan terpaksa menanggung sakit yang tidak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tulang belakangnya menerima kesan.

"Disebabkan pembedahan yang berterusan, tulang belakang saya juga lemah, dan disebabkan itulah saya lumpuh."
"Kini saya tidak boleh duduk terlalu lama dan hanya terbaring sahaja," katanya 
Bapa kepada 10 anak ini juga tidak lagi mampu bekerja sejak setahun yang lalu, sementara isterinya juga terpaksa menjaganya di rumah sahaja.

Rosliza berkata, mereka mempunyai enam anak yang masih belajar dan masing-masing perlu ditanggung yuran pengajian.

"Anak saya yang berada di kolej terpaksa berhenti belajar kerana kami tidak lagi membayar yurannya, kami sekeluarga hanya menerima bantuan dari Pusat Urus Zakat (PUZ)," katanya.
Bagi yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Rosliza atau Abdul Wahab menerusi talian 012-4845137 atau 014-2539914.

On 10:57:00 pm by Unknown in ,    No comments

Walaupun telah menjadi penyiasat selama lebih 20 tahun, namun tugas untuk menyiasat tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila juruterbang QZ8501 merupakan rakan sendiri.

Itu merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh Nurcahyo Utomo, salah seorang penyiasat dalam Jawatakuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional.

Ujarnya kepada portal berita vivo.co.id, berdasarkan pengalaman lalu, tugasan untuk mendengar rakaman suara kotak hitam secara berulang merupakan tugasan mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang kuat.


“Mendengar rakaman suara dari kotak hitam yang terlibat dalam nahas bukanlah seperti mendengar muzik mahupun perbualan.

Ketika menjalankan sesi pendengaran itu, semua tahu, ia merupakan rakaman suara terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas dan fakta itu sangat menganggu penyiasat.

Ada masanya, penyiasat akan ‘seram sejuk’ ketika mendengar rakaman dari kokpit itu.”

Kata Nurcahyo lagi, proses analisis sambil mendengar kata-kata terakhir oleh juruterbang seperti ‘Allahuakhbar’ yang diulang-ulang, mampu membuatkan bulu roma penyiasat berdiri!

“Ia akan membuatkan kita seperti merasai situasi tersebut… Allahuakhbar, Allahuakhbar, merupakan kata-kata terakhir mereka sebelum menemui ajal,” ujarnya ketika merujuk kepada pengalaman menyiasat nahas pesawat yang pernah berlaku dahulu.

Walaupun ianya menakutkan dan menghibakan, namun kami tidak dapat lari dari tugasan. Sesi pendengaran perbualan dalam kokpit merupakan kunci bagi mendapatkan jawapan kenapa pesawat tersebut mengalami kecelakaan.”

Tambah Nurchayo lagi, tugasan kali ini merupakan tugasan paling mencabarnya kerana kapten pesawat QZ8501, Kapten Iriyanto merupakan ‘seniornya’, yang juga individu yang menurunkan ilmu penerbangan kepadanya.

“Saya tak dapat bayangkan bagaimana untuk mendengar kata-kata terakhirnya nanti ketika sesi siasatan berlangsung,” kata Nurchayo. 

On 9:42:00 pm by Unknown in , ,    No comments

BEIJING - Akibat tidak tahan nafsu melihat punggung dua orang penumpang wanita cantik, seorang lelaki ditahan polis China kerana melancap sebelum sempat memancutkan air mani terhadap mangsa, lapor akhbar tempatan pada Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 8.30 pagi di dalam gerabak kereta api bawah tanah yang penuh sesak di Shanghai dan ini merupakan kes kali kedua melibatkan lelaki pelancap kemaluan sendiri di bandar raya itu.

Menurut akhbar, suspek sebelum ditahan pihak polis dilihat oleh beberapa penumpang lain sedang leka meraba-raba punggung dua orang wanita yang agak seksi ketika tren bawah tanah Laluan II baharu tiba di stesen Chaoyang Road.

Geram melihat aksi bersahaja suspek, mereka kemudian segera menahan lelaki itu ketika dia cuba menggosokkan zakar untuk melancap dan nyaris memancutkan air mani dari kemaluannya ke atas tubuh wanita berkenaan.


Pertandingan melancap tahunan yang diadakan di Shenzen, wilayah Guangdong turut menarik penyertaan peserta wanita dengan semua peserta diizin tutup muka bagi menjaga aib maruah diri. – Gambar hiasan

Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu diserahkan kepada anggota polis tempatan sebaik sahaja kereta api tersebut sampai di stesen Jiangsu dan dia dilaporkan telah ditahan reman selama lima hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada November tahun lalu, seorang lelaki dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan pelancapan dan ketika saat ejakulasi, sperma suspek berjaya dipancut mengenai tubuh seorang perempuan di eskalator stesen Shanghai Circus World.

Sebenarnya di China memang ada pun pertandingan melancap peringkat kebangsaan (lihat gambar atas) dengan peserta terbaik yang mampu melakukan aksi pelancapan paling lama dianggap sebagai pemenang utama. – Agensi
On 7:50:00 am by Unknown in , ,    No comments
Tindakan berani seorang wanita kelahiran Amerika Syarikat ini patut dijadikan contoh. Dia telah dibuli dan dilabel sebagai seorang wanita paling hodoh di dunia kerana sindrom yang dialaminya.

Wanita ini bernama Elizabeth Ann “Lizzie” Velasquez dilahirkan di Austin, Texas pada 13 Mac 1989 oleh pasangan Velasquez dalam keadaan pra-matang.


Dia mengalami kondisi yang sangat jarang berlaku. Badan Lizzie tidak boleh menyimpan dan memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya 29kg walaupun telah berusia 20-an.


Kondisi Lizzie yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS)
– tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan
– makan setiap 20 minit dan jumlah kalori ialah 5000
– hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja
– buta mata kanan dan penglihatan terhad di mata kiri
– lemah sistem imun badan dan mudah penat
– badan kurus kering dan kulit seperti orang tua


Kini, Lizzie yang memiliki ijazah dalam bidang komunikasi sedang mula melakukan inspirational tour untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian. Ia adalah tindakan berani Lizzie ke atas pembulian yang berlaku pada dirinya sendiri. Dia tampil di depan orang ramai dengan penampilannya itu tanpa mempedulikan apa yang orang kata tentangnya.

Lizzie tidak pernah memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia pernah dibuli. Malah dia menjumpai videonya di Youtube dengan tajuk “The Most Ugly Woman In The World” (Wanita Paling Hodoh Di Dunia) ketika berusia 15 tahun dengan jumlah tontonan ketika itu hampir mencapai 5 juta penonton. Ketika itu dia berasa dirinya seperti ditumbuk-tumbuk berulang kali melalui skrin komputer itu. Dia turut terguris dengan komen-komen yang bersifat kejam ke atasnya.

Paling kejam apabila ada komen menyatakan mengapa dia tidak digugurkan oleh ibunya dan mengapa dia tidak ambil pistol dan tembak kepalanya.

Sesiapa yang melalui saat itu pasti menjadi murung dan menyembunyikan diri. Tetapi tidak bagi Lizzie. Dia berazam mahu menjadi jurucakap motivasi untuk membantu mangsa buli yang lain.


Dia mahu membina syarikat yang akan membantu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang dibuli itu mencapai impian-impian mereka. Dia telah memulakan langkah itu dengan berani selepas tamat pengajian dan juga telah menghasilkan 2 buah buku.


Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika masih kecil. Lizzie turut membantu para doktor mengkaji tentangnya yang boleh selamat membesar hingga ke alam dewasa.


Kata-kata inspirasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in’.”
Lizzie Velasquez di TEDxAustinWomen

On 3:58:00 am by Unknown in ,    No comments

Semalam, aktor terkenal Adi Putra menyatakan pendirian masih menerima tawaran berlakon babak panas atau ranjang meskipun kini sudah bergelar Haji.

Dalam pada itu, bekas pelakon Abby Abadi telah memuatnaik artikel mengenai Adi Putra sambil disertai mesej yang sangat mengejutkan.

Apakah isi kandungan mesej itu sehingga melibatkan Adi Putra pula?

Belum habis kisah Abby Abadi menyelar tindakan JAKIM tentang insiden gadis dipeluk artis K-Pop, kini Abby kembali lagi dengan teguran khas buat seorang pelakon lelaki.

Hmm, kalau lihat daripada artikel yang dimuatnaik Abby melalui laman Instagramnya, sudah terang lagi bersuluh, tegurannya kali ini ditujukan kepada Adi Putra.

Tapi, kami tak mahulah pakai serkap jarang je. Kalau korang nak pastikan, cuba cek sendiri di google. Hehe. Apapun, jom tengok apa nasihat Abby.

Walaupun Abby tidak menyebut mana-mana nama pelakon, tetapi ia seolah-olah berkait rapat dengan kenyataan Adi Putra sebelum ini.

Kata Abby :

"Orang yang melakukan maksiat secara terbuka atau terang-terangan di hadapan manusia. Seperti apa yang dilakukan para penyanyi dan pelakon, yang menyanyi atau berlakon tanpa batas, shooting depan krew yang ramai, kemudian disiarkan pula dlm tv, panggung wayang, youtube dan sebagainya. Jenis pekerjaan yang seperti inilah telah melakukan dua perbuatan dosa sekaligus, iaitu:


On 3:41:00 am by Unknown in ,    No comments

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”

Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.


Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Astro AWANI masih cuba untuk mendapatkan pihak Malaysia Airlines untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

sumber: Astro Awani

On 3:17:00 am by Unknown in ,    No comments


"I'm proud of u....alhamdulilah....comeii sgt... dh pulih sepenuhnya" 

Inilah diantara kata-kata semangat yang ditulis oleh kawan-kawan dan keluarga Nur Shafiqa menerusi akaun Instagramnya yang sempat admin jenguk sebentar tadi. 

Nampaknya wajah terkini Syafika semakin pulih namun parut di dahinya masih lagi kelihatan. 

Apapun admin ingin mengucapkan tahniah diatas perkhawinan mereka baru-baru ini. semoga terus tabah dan bahagia disamping suami tersayang.


On 7:31:00 am by Unknown in ,    No comments

BINTANG bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan memakai jambang palsu serta berambut panjang.

Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun mengenali dirinya.

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.

Kehadiran Ronaldo disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.

Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian.

Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang bergambar dan Ronaldo jugadikatakan begitu sabar melayan karenah mereka.

Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan gemar memberikan kejutan kepada peminatnya

Lihat Video di Bawah


On 10:22:00 am by Unknown in ,    1 comment

Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi SAR dijalankan terhadap Air Asia QZ8501 telah tersebar di salah sebuah laman web di Vietnam. Pelbagai reaksi mengejutkan yang diberikan oleh pembaca laman tersebut.

Mereka yg mudah mual(jgn teruskan) atau mereka yg melihat tolong doakan mereka baik2x saja disana. Amin

Antara gambar yang disebarkan di laman tersebut :- Ketik Gambar untuk besarkan