Get paid to share your links!
February 2015 ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 10:29:00 pm by Unknown in ,    No comments
Hai, saya nak berkongsi sedikit pasal kelebihan berblogging sambil tidak membuang masa ber'internet setiap hari 24/7 haha. ( Sebenarnya nak berkongsi dgn rakan/keluarga yg bertanya macam mana dapat duit dari online, buat julung kali sy berkongsi masa dgn entry paling berguna )Sekurang-kurangnya apa yang kamu baca entry ini berguna untuk tampung perbelanjaan internet setiap bulan. Paling syok lagi bila ini dijadikan sebagai muka buku anda atau diary atau hobi atau percutian/ulasan dll entry kamu pasti syok. 

Sebelum saya mulakan kelebihan yang saya dapat dari both Company ini ( Nuffnang Sdn Bhd dan Adf.ly Company dari USA ) sebaiknya saya kongsi bagaimana untuk menonjolkan blog kalian.


Anda tahu apa itu blog?. Ya, blog adalah cara mudah untuk mengenal kepribadian seseorang blogger (pemilik blog-red). Topik-topik apa yang ia sukai dan tidak ia sukai, apa yang ia pikirkan terhadap link-link yang ia pilih, apa tanggapannya pada suatu isu.

Nah, seluruhnya biasanya tergambar jelas dari blog-nya. Oleh sebab itu, blog bersifat sangat personal. Namun, bagaimana blog Anda dapat dikunjungi dan dibaca orang?. Berikut 10 cara menambah pengunjung blog Anda;


Pertama, berikan komen di blog lain; hal ini telah terbukti bahwa memberi komen pada blog orang lain dapat menambah pembaca blog Anda. Dengan meninggalkan komen yang baik, campurkan dengan humor.

Selain itu, saat Anda menemukan post yang mengundang kontroversi, tinggalkan komen anda dengan kesan bahwa Anda sudah dewasa, kontroversi adalah cara yang paling efektif untuk menjadi terkenal dengan usaha yang minimal tapi jangan buat orang menjadi marah pada Anda.

Kedua, masukan artikel Anda pada website Social Networking; Website Social Networking adalah tempat terbaik dimana Anda dapat memasukan artikel Anda dan mendapat lonjakan pengunjung pada blog Anda. Jika orang suka, secara tak langsung mereka akan membuka link tersebut.

Ketiga, berikan komen Anda pada komuniti online; Bergabung dan ambil bagian pada forum dan komuniti online. Dan, jangan lupa untuk menggunakan signature dengan alamat blog Anda. Komen Anda pada komuniti dan forum akan menjadikan Anda salah satu yang dihormati di komuniti.

Keempat, tandai artikel; Dengan menanyakan pengunjung Anda untuk menandai artikel Anda. Website seperti StumbleUpon, deLicio.us, Google Bookmarks dan deLirio.us dapat menyediakan dengan tambahan pengunjung.

Kelima, berinteraksi dengan pemberi komen; Buatlah hubungan yang harmoni dengan pengomen blog Anda. Dengan membuat mereka merasa seperti di rumah dan mereka juga akan membuat Anda merasa di rumah. Selain itu, biasakan membantu pengomen Anda dengan sumber yang berguna, jika itu tidak memungkinkan, arahkanlah mereka ke tempat yang dapat menyelesaikan masalah.

Keenam, tulis dengan konsisten’ Maksudnya, tulislah pada tingkat minimal 3-5 artikel yang berguna dalam seminggu. Dengan cara ini, akan membuat pengunjung Anda mengerti bahwa Anda blogger yang berdedikasi, yang peduli untuk membantu. Apabila, Anda tidak konsisten untuk menulis, lalu mengapa pengunjung Anda harus juga konsisten.

Ketujuh, masukan blog Anda pada Blog Directories; Jadi, masukan blog Anda pada Technorati, Techmeme, Blogcatalog, dan blog directories lainnya. Blog directories juga merupakan sebuah tempat dimana Anda dapat memasukan blog Anda dan mendapatkan pengunjung.

Kelapan, hubungkan dengan artikel lain; Interaksi ke dalam dan ke luar sangatlah membantu. Pertama, itu membantu Anda dalam menyediakan bukti mengenai pemikiran Anda dan juga membantu pembaca terhubung dengan artikel yang berguna.

Kesembilan, dengan RSS Feeds; Selalu sindikasikan RSS melalui feedburner, mengapa?. Sebab, mereka yang terbaik.

Kesepuluh, adalah bersabar; Jadi, Anda diharapkan untuk lebih bersabar. Karena, hal ini yang terpenting dalam menunggu pengunjung membuka blog Anda. 

Ok, setelah habis / faham entry yg saya perjelaskan agar kalian tidak tersalah faham menjadi blogger untuk dapatkan hasil bukannya senang. Tapi mudah bagi mereka / saya sendiri sudah bermula / belajar blogging pada tahun 2008 ketika itu umur saya 13 Tahun hehe. Unleast kamu buang bajet untuk meminta bantuan para advertiser seperti Google, Facebook, Youtube yang terkenal di Malaysia.

Antara blogger yang berjaya menaikkan nama adalah jua hasil side income / FULL INCOME; ( Antara yg sy kenal di Facebook )

1. Kifli Mally - http://www.kiflimally.com

Beliau berjaya menaikkan namanya di media sosial juga boleh dikatakan artis. Beliau lebih berjaya dari SAYA sebab kretiviti beliau lebih kreatif, melalui sketsa, adegan cerita beliau hanya durasi sekitar 15saat berjaya memukai peminat. Boleh lihat video2x Kifli Mally di https://www.facebook.com/m.kiflimally

2. Sakinah vs Ondu - https://www.facebook.com/sakinahtapai

Beliau mempunyai 3 orang watak dalam drama pendik yg dihasilkan oleh kretiviti beliau. Mak, Sakinah dan si Andu. Untuk lihat video beliau boleh merujuk di Laman Facebook Rasminya di >>  https://www.facebook.com/sakinahtapai

Ringkasan/Rumusan;
Jika kalian seorang yg berbakat, punya otak geliga, bisa merumus dgn ringkas, kreatife dll yg bisa menarik pengunjung / pembaca. Jangan dipersiakan, tunjukkan, realisasikan di Media Sosial, Pasti Berjaya.


Saya akan rumus berkaitan Nuffnang dan Adf.ly dimana saya mengambil ( Side Income ) Stay Toon Next Post

Contoh:
Mereka mempunyai trafic pengendalian pembayaran.


On 10:10:00 pm by Unknown in ,    No comments

Kuala Lumpur – Menerusi portal Suara.tv memamparkan Sebuah video berdurasi 1:01 minit sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.

Melalui rakaman tersebut mereka mengatakan mereka baru bermula dan memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan permulaan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.

“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.
Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.
Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Dalam keterangan video itu,empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah. Sumber Suara.TV


On 6:17:00 am by Unknown in ,    No comments

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). - Foto NSTP

On 8:33:00 pm by Unknown in ,    No comments

TAIWAN: Sebuah pesawat penerbangan komersial Taiwan yang membawa 53 penumpang terhempas di Taipei pada pagi Rabu.

Sehingga kini Central News Agency Taiwan berkata sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun nasib penumpang dan anak kapal yang lain pesawat TransAsia Airways itu masih belum diketahui.

Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan.

Gambar itu yang dicantumkan menunjukkan pesawat berkenaan berlanggar dengan bahagian jejambat sebuah lebuh raya sebelum terhempas ke dalam sungai sehingga mencederakan lebih 10 orang.

Sebuah van di hadapan kenderaan yang merakam gambar itu dilihat terpaksa membrek kecemasan selepas ternampak pesawat yang begitu besar berada pada jarak dekat.

Pesawat berkenaan jenis ATR-72, baru sahaja tiba di Taiwan tahun lepas.

Syarikat yang sama turut mempunyai rekod nahas pesawat pada Julai tahun lepas melibatkan pesawat GE222 yang cuba mendarat ketika cuaca buruk di sebuah pulau kecil di Taiwan, menyebabkan 40 orang terbunuh.



On 5:50:00 am by Unknown in ,    No comments

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Karamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

"Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.
On 5:12:00 am by Unknown in ,    No comments

Lapor Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.


Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian,  ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.

Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.