Get paid to share your links!
April 2015 ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 1:37:00 am by Unknown in ,    No comments

Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam minggu lalu.

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan memakai jaket labuh warna hitam, seluar pendek warna putih dan kasut but hitam menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam kerana gaya tersendirinya.

Wanita yang pernah berlakon dalam drama Ejen 016 terbitan TV3 tersebut kelihatan tenang semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang 23 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesahan.

sumber : Kosmo!

On 1:27:00 am by Unknown in ,    No comments

Model separuh bogel, Persana Avril Sollunda yang dibawa ke Penjara Wanita Kajang kelmarin selepas tiada individu tampil membayar wang ikat jaminnya kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam dilapor akan diikat jamin oleh kakitangan sebuah gereja.

Laporan Kosmo! menyebut, menurut sumber, kakitangan sebuah gereja terletak di ibu kota tersebut akan hadir ke Mahkamah Majistret hari ini bagi menjamin wanita tersebut daripada terus meringkuk dalam penjara.

Bagaimanapun menurut sumber tersebut, identiti kakitangan gereja yang mahu membantu wanita itu masih belum dapat dikenal pasti.

Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril dihadapkan ke mahkamah sama kelmarin atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada 23 April lalu.

Wanita itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jumlah wang jaminan memandangkan tiada individu yang tampil untuk membayar wang ikat jaminnya.




On 9:09:00 pm by Unknown in ,    No comments
Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.

“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.

“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.

“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’

“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya.

On 8:03:00 am by Unknown in    No comments

Awal pagi tadi seramai 8 org remaja 4 lelaki 4 perempuan yg menaiki kereta jenis wira telah berjaya di tangkap kawasan Taman BDC Inanam setelah berlakunya kejar mengejar dengan pasukan polis yang mana difahamkan remaja-remaja terbabit telah melakukan rompakan d kedai Seven Eleven Bandaran Berjaya. Remaja tersebut telah di bawa ke IPD KK untuk soal siasat.




On 5:21:00 am by Unknown in ,    No comments

Dalam kehidupan seharian kita, sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan dengan cara salah. Malah, ramai yang tidak tahu cara melakukan urusan harian dengan cara yang sebenarnya. 10 perkara yang disiarkan melalui video dibawah adalah kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan tanpa sedar atau tidak. Percayalah, dengan cara belajar 10 'life hack' ini kehidupan anda akan menjadi lebih mudah, cekap dan efisyen. -


Nak lebih info bernas, follow Facebook Page kita ya :P https://www.facebook.com/smartideasMY
On 3:11:00 am by Unknown in ,    No comments

Fast & Furious 7 filem keluaran Studio Universal pada tayangan pertama di China telah mencecah kutipan sebanyak AS$68.6 juta di pasaran China mengatasi tayangan Transformers: Age of Extinction sebanyak AS$310 juta pada musim panas tahun lalu.

Filem Furios 7 mendapat keseluruhan kutipan di seluruh dunia sebanyak  AS$800.5 juta filem Furios 7 lakonan terakhir mendiang Paul Walker ini mengatasi kutipan yang dibuat oleh "Fast & Furious 6'

Sebanyak 95,604 panggung di seluruh china menayangkan Fast & Furious 7. Menurut berita laporan portal The Hollywood Reporter Jumlah data ini diperolehi daripada Entrgroup . Ia adalah catatan tertinggi dalam sejarah tayangan minggu pertama di negara itu setakat ini.

Fast & Furious 7 kini diramalkan mampu mengutip sehingga AS$350 juta.

Ini kerana kehadiran pelakon-pelakon Fast & Furious 7 Vin Diesel, Jason Statham dan Michelle Rodriguez di Beijing pada hujung Mac lalu untuk promosi filem Fast & Furious 7 dapat menghangatkan lagi kutipan tayangan filem aksi Fast & Furious 7. melalui kenyataan Diesel kemungkinan pengambaran Fast & Furious 7 akan dibuat di China.

Dengan kerancakkan kutipan filem Fast & Furious 7 dan ramai orang memperkatakannya anda tahu siapa disebalik pembikinan Furios 7?

Melalui mediahiburan.karangkraf.com pada tahun lepas bertarikh: 12 September 2013 pernah mengeluarkan artikel PENGARAH KELAHIRAN MALAYSIA ARAH FAST & FURIOUS 7.


Siapakah James Wan?

James Wan Anak Kelahiran Malaysia berketurunan Cina dan dilahirkan Kuching, Sarawak dan berkelulusan sekolah perfileman Australia


Sebelum mengarah Fast & Furious 7. james wan sudah mencipta nama dengan filem-filem box office seperti "The Conjuring"

Selain 'The Conjuring', James pernah mengarahkan filem lain seperti filem 'Saw', 'Dead Silence', 'Death Sentence', 'Insidious' dan banyak lagi

Filem seram The Conjuring yang pernah ditayangkan di pawagam mendapat respon yang baik terhadap penggiat-penggiat filem kerana filem tersebut berdasarkan kisah benar

Walaubagaimanapun The Conjuring bukan naskhah seram pertama hasil kerja pelajar lulusan sekolah perfileman Australia ini yang mendapat sambutan.


Bagi penggemar filem seram, James sudah lama dikenali selaku pengarah Saw (2004) , Saw III (2006), Dead Silence (2007) dan Insidious (2010).

Malah Insidious yang turut mendapat perhatian peminat filem seram dan kembali dengan Insidious: Chapter 2 ditayangkan pada 2 September tahun lepas

James pernah menyatakan rahsia menjadikan filemnya berbeza adalah bermain dengan elemen lain termasuk membawakan perspektif berbeza dalam babak-babak yang dihidangkan. James juga mengakui tidak mudah untuk ‘menakutkan’ penonton

Bagaimanapun selepas kejayaan Insidious: Chapter 2, James membayangkan mungkin dia akan berehat daripada menghasilkan filem-filem seram.

Ini keran james mahu dikenali sebagai pengarah yang pelbagai dan tidak hanya tertutup dalam satu genre sahaja.

Sebelum ini james pernah menghasilkan filem aksi Death Sentence (2007) namun sambutannya tidak sebaik filem-filem seramnya.

James membuat keputusan ini kerana dia tidak mahu kembali dengan filem lebih kurang serupa tanpa kelainan baru.

Semoga James kembali mengulangi kejayaan The Conjuring dan Fast & Furious 7
Kami sebagai rakyat malaysia merasa bangga dengan adanya pengarah filem luar negara daripada Malaysia. - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.sg/2015/04/anak-kelahiran-malaysia-merupakan.html#sthash.wL2Nx4Wr.dpuf