On 10:26:00 pm by Unknown in News
No comments
Menurut stesen milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, kejadian luar biasa tersebut melibatkan penerbangan SQ836 yang sedang dalam perjalanan dari Changi, Singapura menuju ke Shanghai, China pada 23 Mei lalu.
Memetik dari laman web penjejak pesawat Flightradar 24, ia menyatakan bahawa kapal terbang SIA itu dikesan mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11,887 meter) dari paras laut.
Insiden tersebut berlaku di selatan Hong Kong dan menyebabkan pesawat turun 13,000 kaki (kira-kira 3,962 meter), sebelum kru SQ836 dapat menghidupkan semula dua enjin yang mati secara tiba-tiba itu.
Pesawat SIA berkenaan akhirnya dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, 30 kilometer ke timur pusat bandar raya Shanghai, kira-kira sejam setengah kemudian. Kesemua 182 penumpang dan 12 kru berada di dalam kapal terbang itu serta tiada kecederaan semasa insiden berlaku yang nyaris mengakibatkan pesawat terhempas di perairan delta Sungai Pearl dekat Hong Kong. Menurut Aviation Herald, agensi antarabangsa pemantau nahas pesawat di seluruh dunia, pihak SIA mengesahkan bahawa pesawat SQ836 itu tiba-tiba kehilangan kuasa elektrik selepas mengharungi cuaca buruk. SIA yang dimiliki Temasek Holdings, sayap pelaburan pemerintah Singapura; pernah mengalami nahas udara pada 31 Oktober 2000 sejurus berlepas di Taiwan yang mengakibatkan 83 maut dan 71 cedera.
Sumber: http://www.sayangsabah.com/pesawat-singapore-airlines-nyaris-terhempas-di-hk/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Popular Posts
-
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka bergaduh? Wish your comment!!
-
Awal pagi tadi seramai 8 org remaja 4 lelaki 4 perempuan yg menaiki kereta jenis wira telah berjaya di tangkap kawasan Taman BDC Inanam sete...
-
Artis-artis korea atau orang-orang korea cute sangat. Tapi mendatangkan masalah, yalah lelaki pun susah nak pasti samada laki or pompuan. Se...
-
"wow... its was awesome." ramai diantara lelaki2 gatal akan kata macam tu bila nampak gambar2 hot, apa lagi ketika berada dilawan ...
-
Runtuhan besar Gunung Kinabalu berhampiran Kg. Kiau telah menyekatkan aliran sungai kadamain yang menghala ke pekan Kota Belud. Akib...
-
anda nampak tak? dont worry, tengok bawah ni, saya copy and paste MACAM- MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK 1. MODEL : Tukar gambar setiap ...
-
Tengoklah cake design ni. Kreatifkan orang yg membuat ni? Lelaki gatal jew yg suka tengok benda ni dan buat design gila ni. Mungkin dia paka...