Get paid to share your links!
June 2015 ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 8:49:00 am by Unknown in    No comments


Runtuhan besar Gunung Kinabalu berhampiran Kg. Kiau telah menyekatkan aliran sungai kadamain yang menghala ke pekan Kota Belud. Akibat daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan air sungai kadamaian mengecil dan kabut petang tadi dan takungan air yang besar sedang berlaku di kaki gunung berhampiran dengan Kg. Kiau. Jika takungan air itu penuh boleh menyebabkan empangan runtuhan itu bocor dan menyebabkan banjir lumpur yang besar dan akan menenggelamkan dataran rendah seluruh Kota Belud. Oleh itu dinasihatkan semua penduduk Kota Belud yang berisiko banjir supaya berhati-hati dan seelok-eloknya berpindah segera sebelum banjir lumpur berlaku secara mengejut.

Untuk makluman hampir kesemua penduduk Kaung, Tambatuon, Bundu Paka dan Lingkubang telah berpindah ke dataran tinggi. Sebahagian mereka terus berpindah ke Kota Kinabalu.
Sila sampaikan pesanan ini kepada saudara-saudara dan kawan-kawan kita yang berada di Kota Belud untuk menyelamatkan mereka daripada tregedi banjir lumpur yang mungkin berlaku bila-bila masa dari sekarang.
🏃🏃🚗🚐🚕 selamatkan nyawa sebelum terlambat.

Berdoa bagi mereka yang terlibat ni.


Sumber : Dikongsikan dari Rakan berdekatan Ranau. ( Sebarang kesahihan berita tidak dipertanggungjawap oleh Lawan Sesawang ini ) Bertindak sebelum putih mata. Apa2x doakan mangsa kejadian ini.

On 7:29:00 am by Unknown in    No comments

Donkey Ears (Telinga Keldai) di Gunung Kinabalu telah patah kesan gempa bumi yang berlaku jumaat lalu. Hari ini merupakan hari menyedihkan buat negeri kita dan kejadian ini juga merupakan sejarah yang merubah bentuk Gunung Kinabalu.

Sumber: Sabah Info

On 7:21:00 am by Unknown in    No comments
KEADAAN gerabak yang tergelincir dari landasan

BEAUFORT: Lebih 50 penumpang menempuh detik cemas apabila kereta api yang dinaiki tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Kereta Api Beaufort, di sini. Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari di Kampung Batu 60 itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir terbalik menyebabkan penumpang tertindih sesama sendiri. Tiada kecederaan dilaporkan namun insiden itu menyebabkan penumpang terkandas sebelum bantuan tiba.


PENUMPANG menunggu bantuan tiba

On 10:48:00 pm by Unknown in    No comments
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan.

Baru-baru ini kira-kira pukul 8.00 am kita diberitakan Gempa skala ukuran 3.0 di Kota Belud.