On 10:52:00 pm by Heirry Harun in News
No comments
SEORANG ibu menyesal seumur hidup selepas meninggalkan bayinya berusia 11 bulan di dalam kereta bersuhu 38 darjah Celsius di Utah, selatan Amerika Syarikat.
April Suwyn, 32, memberitahu bayinya itu ditinggalkan kerana dia mahu ke tandas sebelum tersedar beberapa jam kemudian yang bayinya berada di dalam kereta.
"Ketika itu, saya masih sempat mengilat kuku dan membasuh baju. Saya meninggalkan Skyah Suwyn di tempat duduk belakang kereta. Saya terlupa yang bayi kami itu tidak dihantar ke rumah pengasuh bersama dua abangnya," katanya.
Selepas tersedar, dia bergegas ke kereta dan mendapati bayinya itu tidak bernafas.
"Ini adalah silap saya. Kebiasaannya saya akan menghantar dua anak ke rumah pengasuh sebelum ke gimnasium atau ke pasar," katanya.
Sementara itu, pegawai perubatan Pusat Perubatan Wilayah Dixie berkata, sejurus menerima mangsa di sudah meninggal dunia beberapa jam.
"Bayi itu maut akibat kepanasan dan sesak nafas. Dia gagal di selamatkan," katanya menurut laporan Mirror Daily
Polis tempatan berkata, Skyah menjadi bayi kedua, meninggal dunia akibat punca yang sama dalam tahun ini.
"Wanita itu dan suaminya ditahan untuk siasatan. Sehingga kini, kertas pertuduhan lebih menjurus ke arah kesalahan cuai dan bukannya penderaan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Popular Posts
-
Sebelum kita meneruskan proses ini, mari kita mengenali apa itu Smadav? Seperti yang anda tahu, isu jika pengguna computer pastinya yang dig...
-
anda nampak tak? dont worry, tengok bawah ni, saya copy and paste MACAM- MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK 1. MODEL : Tukar gambar setiap ...
-
Satu gempa bumi lemah 4.0 pada skala Richter melanda Kunak di pantai timur Sabah, kira-kira 500 kilometer dari sini, jam 9.15 pagi tadi. Ja...
-
Baru sebentar tadi, beberapa hari lalu dan beberapa minggu yang lepas ada yang bertanyakan saya tentang Nuffnang? Apa itu Nuffnang kegunaa...
-
hehe, ramai gak pemakan-pemakan hotdog kan? Mesti sedap rasanya . . . . . tak tau mcm mana nak bayangkan rasanya dekat blog ni, tapi yg past...
-
Can you make money blogging? The simple answer is yes. The real question is if there is enough money there for it to be your only source of ...
-
Saya sayang ibu saya . . . . . . . saya ingin balas jasa ibu saya . . . . . . . . Dia baik . . . . . . Sela...
-
memandangkan KPOP melular diseluruh dunia. Hu mari belajar Korean language bersama Google Translate dgn mudah.. Jom Jom!! Meminati Kpop ta...
-
BINTANG bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ci...



0 comments:
Post a Comment