Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Karamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.
"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.
"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang yang berada di lokasi kejadian," katanya.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.
"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.
"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.
Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.
"Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Popular Posts
-
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan. Bar...
-
Nokia Lumia 2520 Tablet pertama dikeluarkan oleh Nokia : Really Smooth : Work, Play, - Everyway Specipications: Display ...
-
SINGAPURA – Pihak pengurusan Singapore Airlines (SIA) sedang menyiasat bagaimana sebuah pesawatnya, jenis Airbus A330-300 hilang bekalan...
-
Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempa...
-
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka bergaduh? Wish your comment!!
-
Mayat-mayat atau tengkorak itu mungkin ditanam 500 tahun yang lalu, ketua kumpulan penyelidikan itu berkata, beliau percaya mereka makl...



0 comments:
Post a Comment