On 10:52:00 pm by Heirry Harun in News
No comments
SEORANG ibu menyesal seumur hidup selepas meninggalkan bayinya berusia 11 bulan di dalam kereta bersuhu 38 darjah Celsius di Utah, selatan Amerika Syarikat.
April Suwyn, 32, memberitahu bayinya itu ditinggalkan kerana dia mahu ke tandas sebelum tersedar beberapa jam kemudian yang bayinya berada di dalam kereta.
"Ketika itu, saya masih sempat mengilat kuku dan membasuh baju. Saya meninggalkan Skyah Suwyn di tempat duduk belakang kereta. Saya terlupa yang bayi kami itu tidak dihantar ke rumah pengasuh bersama dua abangnya," katanya.
Selepas tersedar, dia bergegas ke kereta dan mendapati bayinya itu tidak bernafas.
"Ini adalah silap saya. Kebiasaannya saya akan menghantar dua anak ke rumah pengasuh sebelum ke gimnasium atau ke pasar," katanya.
Sementara itu, pegawai perubatan Pusat Perubatan Wilayah Dixie berkata, sejurus menerima mangsa di sudah meninggal dunia beberapa jam.
"Bayi itu maut akibat kepanasan dan sesak nafas. Dia gagal di selamatkan," katanya menurut laporan Mirror Daily
Polis tempatan berkata, Skyah menjadi bayi kedua, meninggal dunia akibat punca yang sama dalam tahun ini.
"Wanita itu dan suaminya ditahan untuk siasatan. Sehingga kini, kertas pertuduhan lebih menjurus ke arah kesalahan cuai dan bukannya penderaan," katanya.
On 2:33:00 am by Heirry Harun in News
No comments
Detroit – Seorang wanita berusia 78 tahun cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Metropolitan di sini untuk ke Filipina bersama wang tunai berjumlah AS$41,000 (RM131,507) yang disembunyikan di dalam seluar dalam, coli dan begnya.
Menurut dokumen mahkamah di Detroit, wanita dari Clearwater, Florida itu cuba menaiki pesawat berkenaan pada 2 April lalu bersama anak perempuannya.
Dia pada mulanya membawa wang tunai RM640, tetapi mengemukakan borang dan mengisytiharkan dia mempunyai wang sebanyak RM3,849, menyebabkan dia disoal pegawai.
Ketika diperiksa, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menemui RM25,660 dalam dompetnya, RM41,152 dalam saku dijahit khas pada pakaiannya dan hampir RM3,207 dalam sampul surat.
Dia kemudian mengaku mempunyai RM9,622 dalam pakaiannya dan wang tunai berjumlah sama dalam colinya.
Pemeriksaan selanjutnya membolehkan pegawai menemui RM67,357 lagi dalam seluar dalamnya.
Wanita itu memberitahu pihak berkuasa, dia menjual rumahnya dengan harga RM38,490 sebelum memindahkan sebahagian daripada wang itu menerusi bank ke Filipina dan merancang membawa sebahagian lagi bersamanya.
“Dia tidak memindahkan semua wang itu kerana merasakan lebih selamat untuk membawa sebahagiannya dalam bentuk tunai,” menurut laporan itu, lapor AFP.On 2:22:00 am by Heirry Harun in News
No comments
Sibu – Seorang lelaki tergamak menyimbah asid dan membiarkan bekas isteri dan anak perempuannya menggelupur kesakitan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tong Sang, di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Dora Ganai, 34, dan anak perempuannya, Rabilca Nain, 11, melecur di belakang dan paha selepas bekas suami berusia 30-an menceroboh rumah didiami dua beranak sebelum menyerang mereka.
Sumber berkata, ketika kedua-dua beranak itu sedang nyenyak tidur, mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek yang membawa botol berisi asid.
“Suspek kemudian mencurahkan asid ke atas dua beranak yang ketika itu sedang tidur mengiring. Selepas menyimbah asid, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa yang meraung kesakitan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dua beranak itu bernasib baik kerana asid disimbah suspek tidak terkena muka masing-masing sebalik belakang badan dan paha.
“Mangsa bercerai akibat tidak tahan dengan sikap kaki panas baran serta kuat cemburu bekas suaminya. Mangsa ada memberitahu sepanjang bersama lelaki itu, dia dituduh bertemu lelaki lain malah sering dimaki hamun dan dipukul sebaik pulang dari kerja,” katanya.
Dalam pada itu, polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui cecair dipercayai asid dalam botol yang ditinggalkan, lapor Hmetro.
On 2:03:00 am by Heirry Harun in News
No comments
Seorang guru wanita di United Kingdom yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani boleh dipenjara sehingga tujuh tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan melakukan persetubuhan sesama jenis dengan pelajarnya, baru-baru ini.Guru tersebut, Emily Fox, 26, yang mengakui dirinya seorang lesbian mengajar di sebuah sekolah persendirian untuk pelajar perempuan iaitu di Royal Masonic School di Rickmansworth, Hertfordshire, sejak tiga tahun lalu.
Nama dan wajah pelajar perempuan berusia 15 tahun itu bagaimanapun dirahsiakan kerana masih dibawah umur.

On 12:06:00 am by Heirry Harun in News
No comments
Seorang wanita tidak menyangka pertemuan semula dengan ibunya yang telah meninggalkannya ketika berusia setahun, bukan membawa kegembiraan sebaliknya membawa berita yang lebih mengejutkan.
Rupa-rupanya wanita itu, Adriana, 39, baru mengetahui bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri, Leandr0, 37.
Semuanya berlaku apabila Adriana dan Leandro ditinggalkan oleh ibu mereka, dan kedua-duanya dibesarkan oleh orang lain.
Adriana dan Leandro, yang sudah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah mengenali antara satu sama lain selama ini dan ditinggalkan ketika masih bayi.
Mereka hanya mengetahui mengenai perkara sebenar minggu lalu selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya.
“Saya tidak percaya apa yang anda katakan di sini bahawa Leandro adalah adik saya,’’ katanya sambil meraung ketika pertama kali ditemubual dalam stesen radio berkenaan pada hari ibunya Maria dikesan.
Bagaimanapun semalam, Adriana dan Leandro memberitahu mereka akan menetap bersama dan tidak akan berpisah meskipun sudah disahkan sebagai kakak dan adik.
“Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini saya menganggap ia sesuatu yang melucukan apabila nama ibu kami adalah sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,’’ katanya, lapor Mynewshub.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Search
Popular Posts
-
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka bergaduh? Wish your comment!!
-
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan. Bar...
-
Info: Kepada yang memakai kanta sentuh (contact lenses). Anda dilarang berada ditempat haba yang terlalu panas. Contohnya, memakai kanta se...
-
Satu gempa bumi lemah 4.0 pada skala Richter melanda Kunak di pantai timur Sabah, kira-kira 500 kilometer dari sini, jam 9.15 pagi tadi. Ja...
-
Pada bulan oktober 2009, sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Profesor Dennis Desjardin dari San Francisco State University, California m...
-
Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempa...
-
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi SAR dijalankan terhadap Air Asia QZ8501 telah tersebar di salah sebuah lam...













