Tindakan berani seorang wanita kelahiran Amerika Syarikat ini patut dijadikan contoh. Dia telah dibuli dan dilabel sebagai seorang wanita paling hodoh di dunia kerana sindrom yang dialaminya.
Wanita ini bernama Elizabeth Ann “Lizzie” Velasquez dilahirkan di Austin, Texas pada 13 Mac 1989 oleh pasangan Velasquez dalam keadaan pra-matang.
Wanita ini bernama Elizabeth Ann “Lizzie” Velasquez dilahirkan di Austin, Texas pada 13 Mac 1989 oleh pasangan Velasquez dalam keadaan pra-matang.
Dia mengalami kondisi yang sangat jarang berlaku. Badan Lizzie tidak boleh menyimpan dan memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya 29kg walaupun telah berusia 20-an.
Kondisi Lizzie yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS)
– tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan
– makan setiap 20 minit dan jumlah kalori ialah 5000
– hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja
– buta mata kanan dan penglihatan terhad di mata kiri
– lemah sistem imun badan dan mudah penat
– badan kurus kering dan kulit seperti orang tua
Kini, Lizzie yang memiliki ijazah dalam bidang komunikasi sedang mula melakukan inspirational tour untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian. Ia adalah tindakan berani Lizzie ke atas pembulian yang berlaku pada dirinya sendiri. Dia tampil di depan orang ramai dengan penampilannya itu tanpa mempedulikan apa yang orang kata tentangnya.
Lizzie tidak pernah memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia pernah dibuli. Malah dia menjumpai videonya di Youtube dengan tajuk “The Most Ugly Woman In The World” (Wanita Paling Hodoh Di Dunia) ketika berusia 15 tahun dengan jumlah tontonan ketika itu hampir mencapai 5 juta penonton. Ketika itu dia berasa dirinya seperti ditumbuk-tumbuk berulang kali melalui skrin komputer itu. Dia turut terguris dengan komen-komen yang bersifat kejam ke atasnya.
Paling kejam apabila ada komen menyatakan mengapa dia tidak digugurkan oleh ibunya dan mengapa dia tidak ambil pistol dan tembak kepalanya.
Sesiapa yang melalui saat itu pasti menjadi murung dan menyembunyikan diri. Tetapi tidak bagi Lizzie. Dia berazam mahu menjadi jurucakap motivasi untuk membantu mangsa buli yang lain.
Dia mahu membina syarikat yang akan membantu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang dibuli itu mencapai impian-impian mereka. Dia telah memulakan langkah itu dengan berani selepas tamat pengajian dan juga telah menghasilkan 2 buah buku.
Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika masih kecil. Lizzie turut membantu para doktor mengkaji tentangnya yang boleh selamat membesar hingga ke alam dewasa.
Kata-kata inspirasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in’.”
Lizzie Velasquez di TEDxAustinWomen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
News Archive
-
▼
2015
(33)
-
▼
January
(15)
- VIDEO:Makhluk Pelik Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit
- Kecewa Cuba Jual Teruna Tapi Tak Laku
- Jurugambar Miang Akhirnya Kantoi
- Wanita Terkejut Gambar Terkencing Dalam seluar Jad...
- Adik Baru Lahir Dimasukkan Dalam Beg Sekolah Untuk...
- Video:Ibu Terima Penuh Reda, Bayi Dilahirkan Tanpa...
- Lumpuh Kerana Gigitan Seekor Semut
- Seram Sejuk’ Ketika Dengar Rakaman Terakhir AirAsi...
- Dicekup Melancap, Raba Wanita Dalam Tren Bawah Tanah
- VIDEO:Mengagumkan Tindakan Berani Seorang Wanita Y...
- Mesej Mengejutkan Dari Abby Abadi Khas Kepada Adi ...
- Laman web Malaysia Airlines digodam
- Wajah Terkini Nur Shafiqa Mangsa Toreh Muka Selepa...
- VIDEO:Bintang Bola Sepak Ronaldo Menyamar Sebagai ...
- Laman Web Vietnam Sebarkan Gambar Mangsa AirAsia Q...
-
▼
January
(15)
Popular Posts
-
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka bergaduh? Wish your comment!!
-
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan. Bar...
-
Info: Kepada yang memakai kanta sentuh (contact lenses). Anda dilarang berada ditempat haba yang terlalu panas. Contohnya, memakai kanta se...
-
bekerja tanpa peluh, hanya duk dirumah depan komputer. tu lah keja ku mcari duit utk repair screen notebook sy ni. . . pada awalnya kawan yg...
-
Rumah kerajaan yg dibina selepas perang ini dan telah dibaikpulih, adalah rumah kediaman penulis Amerika yg terkenal. Agnes Newton Keith ...
-
Satu gempa bumi lemah 4.0 pada skala Richter melanda Kunak di pantai timur Sabah, kira-kira 500 kilometer dari sini, jam 9.15 pagi tadi. Ja...
-
Pada bulan oktober 2009, sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Profesor Dennis Desjardin dari San Francisco State University, California m...
-
Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempa...
-
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi SAR dijalankan terhadap Air Asia QZ8501 telah tersebar di salah sebuah lam...











0 comments:
Post a Comment