Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Karamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.
"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.
"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang yang berada di lokasi kejadian," katanya.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.
"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.
"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.
Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.
"Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Popular Posts
-
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka bergaduh? Wish your comment!!
-
Gambar yg menyayat hati. Mari kita doakan yg baik2 kepada nahas dan mangsa sehingga mengorbankan lebih dari 19 Orang yg dilaporkan. Bar...
-
Info: Kepada yang memakai kanta sentuh (contact lenses). Anda dilarang berada ditempat haba yang terlalu panas. Contohnya, memakai kanta se...
-
bekerja tanpa peluh, hanya duk dirumah depan komputer. tu lah keja ku mcari duit utk repair screen notebook sy ni. . . pada awalnya kawan yg...
-
Rumah kerajaan yg dibina selepas perang ini dan telah dibaikpulih, adalah rumah kediaman penulis Amerika yg terkenal. Agnes Newton Keith ...
-
Satu gempa bumi lemah 4.0 pada skala Richter melanda Kunak di pantai timur Sabah, kira-kira 500 kilometer dari sini, jam 9.15 pagi tadi. Ja...
-
Pada bulan oktober 2009, sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Profesor Dennis Desjardin dari San Francisco State University, California m...
-
Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempa...
-
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi SAR dijalankan terhadap Air Asia QZ8501 telah tersebar di salah sebuah lam...




0 comments:
Post a Comment