Get paid to share your links!
Anak kelahiran Bornean ( Malaysia ) merupakan pengarah Fast and Furious dan The Conjuring ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 3:11:00 am by Unknown in ,    No comments

Fast & Furious 7 filem keluaran Studio Universal pada tayangan pertama di China telah mencecah kutipan sebanyak AS$68.6 juta di pasaran China mengatasi tayangan Transformers: Age of Extinction sebanyak AS$310 juta pada musim panas tahun lalu.

Filem Furios 7 mendapat keseluruhan kutipan di seluruh dunia sebanyak  AS$800.5 juta filem Furios 7 lakonan terakhir mendiang Paul Walker ini mengatasi kutipan yang dibuat oleh "Fast & Furious 6'

Sebanyak 95,604 panggung di seluruh china menayangkan Fast & Furious 7. Menurut berita laporan portal The Hollywood Reporter Jumlah data ini diperolehi daripada Entrgroup . Ia adalah catatan tertinggi dalam sejarah tayangan minggu pertama di negara itu setakat ini.

Fast & Furious 7 kini diramalkan mampu mengutip sehingga AS$350 juta.

Ini kerana kehadiran pelakon-pelakon Fast & Furious 7 Vin Diesel, Jason Statham dan Michelle Rodriguez di Beijing pada hujung Mac lalu untuk promosi filem Fast & Furious 7 dapat menghangatkan lagi kutipan tayangan filem aksi Fast & Furious 7. melalui kenyataan Diesel kemungkinan pengambaran Fast & Furious 7 akan dibuat di China.

Dengan kerancakkan kutipan filem Fast & Furious 7 dan ramai orang memperkatakannya anda tahu siapa disebalik pembikinan Furios 7?

Melalui mediahiburan.karangkraf.com pada tahun lepas bertarikh: 12 September 2013 pernah mengeluarkan artikel PENGARAH KELAHIRAN MALAYSIA ARAH FAST & FURIOUS 7.


Siapakah James Wan?

James Wan Anak Kelahiran Malaysia berketurunan Cina dan dilahirkan Kuching, Sarawak dan berkelulusan sekolah perfileman Australia


Sebelum mengarah Fast & Furious 7. james wan sudah mencipta nama dengan filem-filem box office seperti "The Conjuring"

Selain 'The Conjuring', James pernah mengarahkan filem lain seperti filem 'Saw', 'Dead Silence', 'Death Sentence', 'Insidious' dan banyak lagi

Filem seram The Conjuring yang pernah ditayangkan di pawagam mendapat respon yang baik terhadap penggiat-penggiat filem kerana filem tersebut berdasarkan kisah benar

Walaubagaimanapun The Conjuring bukan naskhah seram pertama hasil kerja pelajar lulusan sekolah perfileman Australia ini yang mendapat sambutan.


Bagi penggemar filem seram, James sudah lama dikenali selaku pengarah Saw (2004) , Saw III (2006), Dead Silence (2007) dan Insidious (2010).

Malah Insidious yang turut mendapat perhatian peminat filem seram dan kembali dengan Insidious: Chapter 2 ditayangkan pada 2 September tahun lepas

James pernah menyatakan rahsia menjadikan filemnya berbeza adalah bermain dengan elemen lain termasuk membawakan perspektif berbeza dalam babak-babak yang dihidangkan. James juga mengakui tidak mudah untuk ‘menakutkan’ penonton

Bagaimanapun selepas kejayaan Insidious: Chapter 2, James membayangkan mungkin dia akan berehat daripada menghasilkan filem-filem seram.

Ini keran james mahu dikenali sebagai pengarah yang pelbagai dan tidak hanya tertutup dalam satu genre sahaja.

Sebelum ini james pernah menghasilkan filem aksi Death Sentence (2007) namun sambutannya tidak sebaik filem-filem seramnya.

James membuat keputusan ini kerana dia tidak mahu kembali dengan filem lebih kurang serupa tanpa kelainan baru.

Semoga James kembali mengulangi kejayaan The Conjuring dan Fast & Furious 7
Kami sebagai rakyat malaysia merasa bangga dengan adanya pengarah filem luar negara daripada Malaysia. - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.sg/2015/04/anak-kelahiran-malaysia-merupakan.html#sthash.wL2Nx4Wr.dpuf



0 comments:

Post a Comment