Get paid to share your links!
Cara paling mudah membuat biskut raya! Quaker Oat! ~ iDeas come before Learnt

Sandakan Advertising Low Cost

On 7:32:00 pm by Heirry Hazim Harun   No comments
Tiada duit, kesuntukan masa persediaan raya.... Mari, KFC membantu anda menyelesaikan masalah dengan membuat biskut yang agak mudah dan bahan yang diperlukan tidak begitu banyak.

Bahan-bahan
1. 150 gm Oat Segera
2) 200 gm minyak sapi
3) 100gm gula halus
4) 200gm tepung gandum

Cara-cara

1) Timbang ke-4 bahan di atas dan gaul di dalam bekas. Anda boleh menggaulnya atau meramas-ramasnya atau menekan-nekannya sehingga aduan Oat sebati. Biasa kita perlu tambah sedikit minyak sapi atau tepung mengikut aduan kerana kuantiti minyak sapi berbeza.

2) Setelah aduan sebati, ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Seterusnya bulatkan dengan memusing-musing kedua-dua tapak tangan.

3) Kemudian letakkan biskut oat di atas dulang pembakar ( sapukan terlebih dahulu marjerin pada dulang pembakar ) seterusnya sapukan kuning telur diatas biskut oat menggunakan brush.

4) Kemudian panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180c dan bakar biskut out selama 10-15 minit. Ketika panas, biskut oat ini agak rapuh sedikit. Anda perlu tunggu sehingga ia sejuk barulah ia lebih keras dan boleh dimakan.


Tambahan : Boleh juga hias bahagian atasnya dengan color buble dan sebagainya. Atau boleh juga gantikan oat segera dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan dikisar.

0 comments:

Post a Comment